Search This Blog

PENGENALAN MENGENAI PERUMAHAN TAMAN MAJU


Taman Maju terletak di Pekan Parit Raja, 86400, Jalan Kluang, Batu Pahat, Johor Darul Takzim.  Taman Maju mula siap dibina pada tahun 1985.  Nama jalan atau lorong di Taman Maju berunsurkan buah-buahan.  Jarak antara Taman Maju dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) adalah sejauh 2 kilometer. Taman Maju juga bersebelahan dengan Taman Maju Baru.  Kedudukannya yang strategik iaitu dimana kawasan perumahan tersebut terletak berhampiran dengan gedung-gedung ilmu, antaranya ialah Institut Pendidikan Guru (IPG) , Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sendiri.  Selain itu, Kolej Jururawat juga berhampiran dengan Taman Maju. Taman Maju juga berhampiran dengan Kolej Kediaman Perwira yang didiami oleh pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Kedudukan Taman Maju yang dikatakan strategik juga kerana berdekatan dengan Pekan Parit Raja.  Penghuni di Taman Maju terdiri dari pelbagai kaum dan mereka hidup dalam keadaan yang harmoni. Hal ini kerana mereka mengamalkan sikap saling menghormati antara satu sama lain. Semangat kejiranan yang tinggi dalam setiap penghuni taman tersebut memudahkan pelbagai aktiviti dijalankan di taman tersebut.
PAPAN TANDA TAMAN MAJU PARIT RAJA, BATU PAHAT


KAJIAN YANG DIPEROLEH


Hasil dari temubual dari salah seorang penduduk Taman Maju iaitu Encik Abd Halim Bin Shahran, rumahnya yang beralamat No. 23, Jalan Langsat, Taman Maju mula siap dibina pada tahun 1985.  Harga rumah yang dibelinya pada waktu tersebut adalah sebanyak RM 75,000.00, tetapi kini harga rumah mengikut pasaran semasa melebihi RM 200,000.00.  menurutnya lagi, jirannya yang baru menjual rumahnya dengan harga RM 300,000.00.  Hal ini menunjukkan nilai rumah di Taman Maju semakin tinggi nilainya.  

  Selain itu, tanah Taman Maju merupakan tanah pegangan bebas dimana setiap pemunya tanah bebas melakukan apa sahaja diatas tanahnya.  Banyak kemudahan yang disediakan bagi memudahkan penduduk di kawasan Taman Maju. Selain tadika, turut terdapat kemudahan lain yang disediakan. Antaranya ialah, surau, balairaya, poliklinik, pasar mini dan sebagainya. Ini bagi memudahkan penduduk Taman Maju dalam melakukan aktiviti harian mereka. 

Kemudahan yang pertama ialah tadika. Terdapat dua tadika di Taman Maju, iaitu tadika Pasti Al-Farabi dan Tadika Iltizam Cemerlang. Tadika Pasti Al-Farabi di buka untuk kanak-kanak yang berumur 4, 5 dan 6 tahun dan dapat menampung seramai 50 orang pelajar dan tiga orang tenaga pengajar. Pasti Al-Farabi terletak di tepi jalan utama yang memudahkan ibubapa atau penjaga untuk mengambil pelajar selepas tamat sesi persekolahan.  Hal ini tidak akan menyebabkan kesesakan lalulintas kerana terdapat ruang untuk meletakkan kenderaan. Tadika kedua ialah Tadika Iltizam Cemerlang dimana tadika ini terletak berdekatan dengan surau dan balairaya. Tadika ini dapat menampung seramai 25 orang  pelajar dan terdapat 2 orang tenaga pengajar. Walaupun tadika ini terletak jauh di penghujung taman ini, akan tetapi tadika ini tetap mempunyai keistimewaannya kerana terletak berdekatan dengan surau. Hal ini memudahkan untuk ibubapa menunaikan solat sementara menunggu anak mereka tamat sesi persekolahan. 

TADIKA AL FARABI


Seterusnya, balairaya yang terdapat di taman ini boleh digunakan sebagai tempat mesyuarat untuk membincangkan tentang masalah penduduk di Taman Maju ini. Dengan adanya balairaya ini juga, segala masalah berkaitan Taman Maju dapat diselesaikan. Selain itu, balairaya ini juga digunakan untuk sokongan sosial dan aktiviti lain. Balairaya ini juga terbuka untuk semua masyarakat setempat dan untuk kumpulan tertentu misalnya pusat islam atau kelab belia.

Surau di Taman Maju ini juga adalah untuk keperluan penduduk bagi menunaikan kewajipan solat berjemaah, ianya juga dapat menunaikan tuntutan fardhu kifayah seperti urusan kematian dan juga melibatkan perlbagai aktiviti sosial dan kemasyarakatan serta pendidikan agama. Dengan adanya aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di surau ini, sedikit sebanyak dapat mengatasi permasalahan sosial di kalangan ahli qariyah taman ini dan kawasan sekitarnya.

       Seterusnya, terdapat juga poliklinik di taman ini iaitu Poliklinik Al-Razidan Surgeri. Dengan adanya poliklinik ini dapat memudahkan penduduk taman untuk mendapat rawatan kecemasan kerana lokasinya terletak didalam kawasan taman. Poliklinik ini menyediakan rawatan dan pembedahan kecil seperti menjahit luka kecil. Hal ini dapat membantu penduduk Taman Maju kerana tidak perlu ke Bandar atau pekan untuk mendapatkan rawatan ringan. Harga yang dikenakan juga berpatutan dan mengikut spesifikasi harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

        Kedai runcit atau pasar mini juga terdapat di Taman Maju. Dengan adanya kemudahan ini dapat memudahkan pendudukan Taman Maju untuk membeli barang-barang keperluan harian mereka. Pelbagai barangan disediakan di pasar mini ini dan harga juga sangatlah berpatutan.  Hal ini dapat memudahkan pendudukan Taman Maju supaya tidak perlu mencari barang keperluan mereka di bandar dan pekan atau pun di tempat-tempat yang jauh.


KEDAI RUNCIT SENG ANN
            Muhaimin(ketua kumpulan) bersama penduduk Taman Maju

           
(Antara contoh perumahan di Taman Maju)



ELEMEN POSITIF

       Kemudahan asas merupakan elemen positif yang terdapat di Taman Maju. Kemudahan asas ini disediakan bagi memudahkan penduduk di kawasan Taman Maju untuk menjalankan aktiviti harian. Selain tadika, turut terdapat kemudahan lain juga yang disediakan. Antaranya ialah surau, balai raya, poliklinik, pasar mini dan sebagainya. Ini bagi memudahkan penduduk Taman Maju dalam aktiviti harian mereka.

       Kemudahan yang pertama ialah tadika. Terdapat dua tadika di Taman Maju, iaitu Pasti Al-Farabi dan Tadika Iltizam Cemerlang. Pasti Al-Farabi di buka untuk kanak-kanak yang berumur 4, 5 dan 6 tahun. Pasti ini dapat menampung seramai 50 orang pelajar dan tiga orang tenaga pelajar. Pasti Al-Farabi terletak di tepi jalan utama yang memudahkan waris untuk mengambil anak-anak mereka selepas tamat sesi persekolahan. Hal ini tidak akan menyebabkan kesesakan lalu lintas kerana terdapat ruang untuk meletakkan kenderaan. Tadika kedua ialah Tadika Iltizam Cemerlang, tadika ini terletak berdekatan dengan surau dan balai raya. Tadika ini dapat menampung 25 orang pelajar dan terdapat 2 orang tenaga pengajar. Walaupun tadika ini terletak jauh ke penghujung taman ini, akan tetapi tadika ini tetap mempunyai keistimewaannya kerana terletak berdekatan dengan surau. Hal ini memudahkan untuk ibu bapa menunaikan solat sementara menunggu anak mereka tamat sesi persekolahan.

       Seterusnya, balai raya yang terdapat di taman ini boleh digunakan sebagai tempat mesyuarat untuk membincangkan tentang masalah penduduk di Taman Maju ini. Dengan adanya balai raya ini juga, segala masalah berkaitan Taman Maju dapat diselesaikan. Selain itu, balai raya ini juga digunakan untuk sokongan sosial dan aktiviti lain. Balai raya ini juga terbuka untuk semua masyarakat setempat dan untuk kumpulan tertentu misalnya pusat islam atau kelab belia.

       Surau di Taman Maju ini juga adalah untuk keperluan penduduk untuk menunaikan kewajipan solat berjemaah, ianya juga dapat menunaikan tuntutan fardhu kifayah seperti urusan kematian dan juga melibatkan perlbagai aktiviti social dan kemasyarakatan serta pendidikan agama. Dengan adanya aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di surau ini, sedikit sebanyak dapat mengatasi permasalahan sosial di kalangan ahli qariyah taman ini dan sekitarnya.

SURAU DI TAMAN MAJU

       Seterusnya, terdapat juga poliklinik di taman ini iaitu Poliklinik Al-Razi dan Surgeri. Dengan adanya poliklinik ini dapat memudahkan penduduk taman untuk mendapat rawatan kecemasan kerana lokasinya terletak di dalam kawasan taman. Poliklinik ini menyediakan rawatan dan pembedahan kecil seperti menjahit luka kecil. Hal ini dapat membantu penduduk Taman Maju kerana tidak perlu ke Bandar atau pekan untuk mendapatkan rawatan ringan. Harga yang dikenakan juga berpatutan dan mengikut spesifikasi harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

       Kedai runcit atau pasar mini juga terdapat di Taman Maju. Dengan adanya kemudahan ini dapat memudahkan pendudukan Taman Maju untuk membeli barang-barang keperluan harian mereka. Pelbagai barang disediakan di pasar mini di Taman Maju ini dan harga juga sangatlah berpatutan. Hal ini dapat memudahkan pendudukan Taman Maju supaya tidak perlu mencari barang keperluan mereka di Bandar atau pekan ataupun di tempat-tempat yang jauh.


ELEMEN NEGATIF


Selain daripada elemen positif, terdapat juga elemen negatif di Taman Maju. Antaranya ialah rumah teres satu tingkat dijadikan sebagai kedai makan.  Kawasan perumahan tidak dibenarkan untuk dijadikan kedai makan atau warung kerana tanah tersebut hanyalah untuk lot rumah sahaja. Selain itu, jika hendak membuat kedai makan perlulah ada no pendaftaran lot kedai. Jika membuat kedai makan atau warung di lot perumahan akan menyukarkan penduduk untuk meletakkan kenderaan kerana sudah pasti kawasan tersebut akan sesak dengan penduduk perumahan tersebut dan pelanggan kedai makan itu sendiri. Hal ini, sememangnya memudahkan penduduk sekitar untuk membeli makanan di kedai yang berdekatan, akan tetapi ianya merupakan satu kesalahan.

KEDAI MAKAN YANG DIBINA BERSEBELAHAN RUMAH

Seterusnya, terdapat juga beberapa buah rumah yang melebarkan atau membesarkan rumah mereka hingga ke hujung atau dalam kata lain mereka tidak meninggalkan beberapa kaki dari pagar keliling rumah. Syarat-syarat untuk melebarkan rumah adalah tuan rumah perlu meninggalkan beberapa buah kaki dari pagar keliling rumah. Kita boleh berfikir secara logic bahawa jika membesarkan rumah hingga ke hujung amatlah membahayakan penduduk rumah terebut daripada pencuri atau perompak kerana memudahkan mereka untuk pecah masuk rumah tersebut. 

Terdapat juga beberapa buah rumah yang memelihara binatang peliharaan seperti anjing. Semua orang sedia maklum bahawa binatang peliharaan seperti anjing atau kucing boleh mengganggu penduduk-penduduk di sesebuah taman perumahan. Anjing-anjing di kawasan tersebut boleh mengancam keselamatan penduduk di taman kerana haiwan tersebut dilepaskan di kawasan taman tanpa pengawasan dari penjaga. Selain itu, najis anjing juga boleh mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan dan nyalakan anjing tersebut boleh mengangu ketenteraman penduduk-penduduk di Taman Maju.   

Kesimpulannya, penduduk-penduduk di sesebuah taman perumahan perlulah bersatu dan bekerjasama untuk mewujudkan sebuah persekitaran yang aman dan damai. Sebagai penduduk, kita perlulah bertolak ansur dan sentiasa menjaga kebersihan serta ketenteraman awam supaya tidak menganggu penduduk lain di kawasan sekitar. Jika kita menghormati orang lain, pasti orang lain juga menghormati kita.